Isu Tabung Haji Sejauh Mana Tinggal Kepercayaan Anda

12:30:00 PM
Isu tentang kerugian dan salahguna kuasa dalam syarikat berkaitan Tabung Haji sudah lama ditimbulkan sejak beberapa tahun dahulu. Paling konsisten dalam isu ini ialah dari bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Boleh baca di pautan ini https://rafiziramli.com/category/tabung-haji/. Betul atau tidak, memang ramai yang tidak tahu.

Namun selepas beberapa bulan dari peralihan kuasa pentadbian dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan, ia semakin menjadi isu panas. Mungkin anda juga pernah membaca, mendengar dan tahu akan isu laporan Penyata Kewangan dan Laporan Audit Tabung Haji. Bila isu Tabung Haji ini timbul, sejauh mana tinggal kepercayaan anda, khususnya orang Islam di Malaysia yang menabung dalam Tabung Haji?

isu tabung haji malaysia



Admin ada membaca beberapa tulisan komen dan pandangan di Facebook, ini antara yang menarik perhatian.

https://www.facebook.com/rogernaut1/posts/10217127719560783


Isu Tabung Haji Sejauh Mana Tinggal Kepercayaan Anda





Betul kata penulis, "Tabung Haji bukanlah angel (Malaikat), ada juga devil (Syaitan) nya. Jadi, perlu ada perubahan2 dan pembaharuan yang boleh diperbaiki"

Namun perlu diingat, selagi belum ada bukti yang sah, tiada Mahkamah yang menyabitkan kesalahan mereka, kita sebagai rakyat biasa belum mampu untuk menyalahkan sesiapa.

Tetapi, ada juga yang berkata, 'Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang". Hinggakan pihak dalaman Tabung Haji sendiri membuat laopran Polis terhadap 3 orang kuat Tabung Haji terdahulu. 

Semak berita di sini : Berita Harian Tabung Haji

Sebagai rakyat biasa, pasti akan ada sedikit kegusaran. Tabung Haji antara nadi ornag Islam untuk menyimpan dan menggunakannya kemudian sebagai salah satu usaha dalam melengkapkan Rukun Islam Kelima, mengerjakan Ibadah Haji di Mekah. 

Jika tabung ini yang menjadi duit simpanan umat Islam untuk mengerjakan ibadah pun disalahguna oleh sesetengah pihak, malang sekali buat rakyat Malaysia. 

Terkini, Pengarah Urusan Kumpulan memberikan jaminan bahawa simpanan deposit mereka selamat. Namun, sejauh mana keyakinan anda kepada jaminan seperti ini?

Rujuk : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504486/pendeposit-tabung-haji-diberi-jaminan-simpanan-mereka-selamat

Diharapkan, selepas ini, pihak Tabung Haji dan mereka yang berkenaan, berhati-hati dalam memilih mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan duit Tabung yang besar seperti ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »