Boikot Filem Polis Evo 2 Dan Komen Asal Dr Maza

10:30:00 AM
Filem Polis Evo yang pertama menggegarkan filem Malaysia dan ketika itu diangkat antara filem terbaik di negara. Ekoran kejayaan tersebut, dibuat sequel sambungan filem Polis Evo 2. Namun, hingga hari ini, ia menjadi isu panas kerana ada unsur-unsur yang dikatakan memberi gambar awal negatif kepada nama Islam sendiri.

Admin hanya sempat melihat Trailer filem Polis Evo 2, tidak berkesempatan menonton Tayangan Perdana Polis Evo di MBO Cinemas, The Starling Damansara. Hingga hari ini, rasanya tak banyak lagi review filem Polis Evo 2 yang dikongsi di laman blog atau web, melainkan jumpa pautan ini.






Antara butiran filem Polis Evo 2 

PengarahJoel Soh
Andre Chiew
PenerbitJoel Soh
PenulisJoel Soh
Kyle Goonting
Anwari Ashraf
Dibintangi olehShaheizy Sam
Zizan Razak
Raline Shah
Hasnul Rahmat






Komen Dr Maza sendiri di laman Facebook beliau agak jelas dengan kebimbangan beliau tentang kemungkinan ada unsur yang memberi gambaran tidak baik tentang Agama Islam dalam filem ini. Watak jahat dalam filem ini, dengan digambarkan dengan pakaian 'Islam' mungkin akan memberi perspektif negatif bahawa Islam itu ganas.

Secara peribadi, admin tidak berminat nak beri pandangan peribadi, kerana tidak menonton filem Polis Evo 2 ini. Namun, untuk kali ini, pilihan untuk Boikot adalah dalam pilihan kami kerana ada asas juga apa yang diperkatakan oleh Dr Maza.

Walaupuna ada kenyataan media dari LPF tentang Polis Evo 2, admin andaikan, ia masih lagi belum mencukupi.

Untuk filem ini, kami tunggu ia keluar TV percuma. Simpan bajet untuk menonton filem ini untuk menonton filem yang tiada kontroversi.

Kongsikan dengan kami, jika ada review filem Polis Evo 2. Terima kasih.



Kenyataan Media oleh LPF Kementerian Dalam Negeri

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »