Tak Bayar Saman DBKL Tak Boleh Renew Lesen Dan Road Tax

10:30:00 AM
Ini berita yang mungkin tak ramai netizen nak dengar. Lepas ni, kalau korang Tak Bayar Saman DBKL Tak Boleh Renew Lesen Dan Road Tax. Ini berita terbaru dari pihak DBKL dan boleh rujuk di laman Facebook DBKL.

Mereka, pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun atau saman dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyebabkan mereka akan disenaraihitamkan oleh sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas arahan mahkamah.

Malah, mereka yang gagal membayar kompaun atau saman DBKL berkenaan tidak boleh memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan ketika berurusan dengan JPJ. Mereka yang telah disenaraihitam perlu melunaskan kompaun DBKL terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan urusan.


Operasi Saman DBKL


Sumber laporan Berita Harian, jurucakap JPJ memaklumkan pihak mereka sememangnya sudah lama bekerjasama dengan DBKL. Dan kali ini, pihak DBKL akan bertegas selepas tempoh diskaun kompaun yang dijalankan pihak DBKL tamat pada September lalu.

"Kami mempunyai sistem bersepadu dengan pihak DBKL yang mana pesalah trafik yang gagal melunaskan kompaun akan disenarai hitam. Bukan DBKL dan bukan JPJ. Ini adalah atas perintah mahkamah."

Nampaknya, selepas ini meraka yang tak bayar saman DBKL tak boleh renew lesen dan Road Tax.

Kredit Gambar : Paul Tan



Selain DBKL, JPJ juga mengakui sudah bekerjasama dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Sehingga kini PBT yang memegang status bandar raya seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga sudah bekerjasama dengan pihaknya sejak beberapa tahun lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata tindakan itu akan diteruskan seperti yang diputuskan Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad, sebelum ini.

Jadi untuk mereka yang ada saman DBKL, diharapkan segera menyelesaikan bayaran kompaun atau saman DBKL mereka sebelum dikenakan tindakan senaraihitam.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »