Hello Saluran 110 Adalah Saluran Terbaru Di Astro

12:30:00 PM
Hello (Saluran 110) merupakan sebuah saluran hiburan baharu yang boleh ditonton secara percuma oleh semua pelanggan Astro dan Prabayar NJOI termasuklah Astro GO dan NJOI Now. Saluran ini boleh dinikmati dalam kualiti berdefinisi tinggi (HD). Bakal memulakan siaran pada 7 Ogos ini, Hello merupakan saluran yang sesuai buat seluruh isi keluarga di mana seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi kandungan antarabangsa seperti drama bersiri Inggeris, kartun dan program variasi, drama Korea popular, filem serantau dan Eropah, program-program tempatan serta berita terkini.

Peminat drama bersiri Inggeris kini boleh menikmati drama ‘Good Behaviour & The Last Ship’lakonan Letty Raines dan berhibur dengan trik-trik magik oleh Michael Carbonaro dalam rancangan ‘The Carbonaro Effect’. Tidak ketinggalan, peminat drama Korea turut boleh menonton lakonan pelakon kegemaran mereka, Nam Joo-hyuk, menerusi drama bersiri ‘Weightlifting Fairy Kim Bok-joo’ dan juga drama ‘Shopaholic Louis’.

Hello Saluran 110 Adalah Saluran Terbaru Di Astro

Hello Saluran 110 Adalah Saluran Terbaru Di Astro


Buat penonton cilik, Hello menawarkan rancangan berbentuk edutainmentseperti animasi ‘Cam & Leon’dan ‘Didi & Friends’.Selain itu, terdapat juga rancangan kartun lain yang menarik seperti ‘We Bare Bears’, ‘Ben10’ dan‘Adventure Time’. Peminat filem pula pasti teruja dengan kandungan serantau dan antarabangsa yang akan turut bersiaran di saluran baharu ini seperti kandungan dari produksi Korea Selatan; ‘200 Pounds Beauty’dan ‘Seducing Mr. Perfect’ serta kandungan dari produksi Eropah seperti ‘Forever Hockey’ (Pour toujours, les Canadiens!). Penonton juga boleh mengikuti berita-berita terkini yang disiarkan Astro Awani.

Menarik lagi, Hello juga akan menyajikan kandungan antarabangsa premium daripada Warner TV, Oh! K, Cartoon Network, TruTV, tvN Movies, A-List; kandungan tempatan daripada Ceria, TVIQ dan Gempak; berita-berita terkini daripada Astro Awani; dan saluran perkhidmatan membeli-belah dari keselesaan rumah, Go Shop.

Pelanggan Astro boleh menyemak senarai program yang ditawarkan Hello (saluran 110) melalui saluran televisyen Astro, Prabayar NJOI dan juga aplikasi talian dan mudah alih; Astro GO dan NJOI Now. Astro GO dan NJOI Now boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hello (saluran 110) dan seleksi programnya, sila layari www.astro.com.my.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »