Boleh Ke Kerajaan Pakatan Harapan Mansuhkan GST Di Malaysia

12:30:00 PM
Pilihanraya Umum Ke-14 baru sahaja selesai dengan kemenangan memihak kepada Parti Pakatan Harapan yang diwakili oleh komponen Parti Keadilan, Parti Pribumi, Parti Amanah dan juga DAP. Parti Warisan di Sabah juga difahamkan turut serta dalam Pakatan ini. Pakatan Harapan kini sudah pun membentuk Kerajaan Pusat dengan diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad.

Persoalan paling utama setakat ini, Boleh Ke Kerajaan Pakatan Harapan Mansuhkan GST Di Malaysia?


Hapus GST di Malaysia

GST atau Goods and Services Tax mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2015, yang mana tahun pertama sahaja Kerajaan pada waktu itu berjaya mengumpul sebanyak RM27 Bilion, tahun 2016 sebanyak RM41.2 Bilion dan tahun 2017 sebanyak RM42.5 Bilion. Rujuk The Edge Markets.

Soalan yang ramai juga tanya, ke mana pergi wang kutipan GST di Malaysia di salurkan? Boleh rujuk kepada entry sebelum ini Ke Mana Kutipan GST Di Salurkan.

Menurut YB Nurul Izzah, antara pendekatan Pakatan Harapan ialah mengenalpasti dana-dana yang mengalami kebocoran dan ketirisan. Kemudian,, menangani gejala rasuah di Malaysia, khususnya diperingkat pemimpin, dan melakukan penjimatan besar-besaran antara langkah utama untuk menghapuskan cukai GST di Malaysia.

Menurut YB Dr Hatta, negara Malaysia baru 3 tahun melaksanakan cukai GST, sedangkan selama lebih kurang 58 tahun yang lalu, kita di Malaysia mempraktikkan cukai SST. Negara masih boleh membangun mengikut acuan kita jika diurustadbir dengan baik.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, GST akan dimansuhkan dan diganti balik dengan cukai SST, yang mana cukai ini dikenakan kepada kilang-kilang tertentu dan servis tertentu sahaja. Ia tidak membebankan rakyat. Lagipun kutipan SST sebelum ini sudah memadai jika negara mengelak dari melakukan pembaziran yang melampau.

Selain dari perlaksanaan SST, kerajaan boleh mengurus balik kadar faedah pinjaman Kerajaan dengan membayarnya dalam kadar faedah yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Sekali lagi, Rafizi ramli menekankan bahawa, mereka tidak ada masalah langsung untuk menggantikan sumber pendapatan kerajaan jika mereka memansuhkan GST.

Sumber : YouTube Oren TV


https://www.youtube.com/watch?v=QzjCScaerHs

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »