Ramai Tidak Sedar Diri Sendiri Ada masalah Sakit Mental Moden

12:30:00 PM
Tekanan hidup, beban kerja yang melampau serta tidak pandai menguruskan aturan hidup seharian boleh memberikan kesan negatif kepada ramai manusia. Lebih lagi di zaman dunia teknologi tinggi ini, media sosial turut memberikan beberapa kesan negatif yang membuatkan Ramai Tidak Sedar Diri Sendiri Ada masalah Sakit Mental Moden.

Sakit Mental Moden berbeza dengan Sakit Mental Otak seperti orang tidak siuman. Jenis yang sakit mental moden sukar dikenalpasti dengan mata kasar, tetapi jika melihat kepada perilaku dan perbuatan mereka, ternyata mereka antara yang perlukan bantuan segera.

Sakit Mental Moden


masalah Sakit Mental Moden


Antara mereka-mereka yang berisiko tinggi tergolong dalam golongan Sakit Mental Moden ini ialah mereka yang mempunyai masalah rumah tangga, tekanan kerja, masalah kewangan dan banyak lagi. Jika ia tidak diuruskan dengan baik, kesan 'stress' ini akan membawa kepada masalah yang lebih rumit.

Selalunya ia bermula dengan isu yang kecil sahaja, tetapi ia tidak diuruskan dengan baik. Lama-lama ia dibiarkan, ia menjadi lebih kritikal dan isu yang semakin besar dan susah untuk di kawal.

Melihat kepada budaya masyarakat Malaysia contohnya, ditempat kerja atau dalam satu komuniti, tidak banyak yang mempraktikkan khidmat nasihat 'Kaunselor'. Ramai orang Malaysia, bersifat menyimpan masalah peribadi dan membiarkannya tanpa ada bantuan kaunseling dari pihak lain. 



masalah Sakit Mental Moden



Tidak ramai orang Malaysia yang hidup dalam persekitaran Positif. Dalam kehidupan sosial sekarang, ramai yang lebih suka hidup berpura-pura. Kita di Malaysia tidak boleh dengan statement yang 'berterus-terang' dan lebih suka menjaga hati kawan daripada bercakap benar. Kesannya, hampir setiap hari kita hidup dalam 'kepuraan' dan membiarkan yang tidak betul tanpa ada teguran.

Hasil dari tekanan sakit mental inilah yang mungkin akan menyebabkan seseorang ini cepat naik angin, suka mencaci, memaki, marah-marah, menghisap rokok, menghidu gam, masalah dadah, berjudi dan banyak lagi.

Ya, tidak ramai yang andai dalam menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian. Sebab itu, kita memang memerlukan 'buddy' atau rakan baik untuk menjadi 'checker' dalam kehidupan seharian. Salin membantu dan menegur rakan sesama rakan akan memberikan sedikit aura positif kepada kehidupan kita.

Kesimpulannya, amati gaya hidup kita seharian dan elakkan daripada tekanan yang melampau. Setiap orang perlu mencari penyelesaian segera ke atas tekanan yang mereka hadapi supaya ia tidak merebak menjadi sesuatu yang serius. Masalah kecil nampak seperti tidak penting tetapi sebenarnya ia boleh menjadi isu besar jika tidak diatasi dengan segera.

Sesekali, cuba semak dalam diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam golongan Sakit Mental Moden?




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »