Taiwan Excellence Pavilion Press Conference 2017

12:30:00 PM
Pameran Taiwan Excellence Pavilion akhirnya akan tiba ke Malaysia. Wakil terbaik dari Taiwan telah bersedia untuk mempamerkan pilihan produk mereka yang paling inovatif dan terhebat dari negara mereka. Pameran ini adalah pameran pertama kali di Malaysia. 

Dijangkakan lebih 100 barangan terbaik dari syarikat-syarikat ternama Taiwan yang telah menerima anugerah akan mengambil bahagian dalam ekspo ini di 1 Utama Shopping Centre dari 12 hingga 16 Julai 2017.

Para pengunjung di Malaysia berpeluang melihat sendiri produk terbaru dan terkini dari Taiwan seperti komputer riba, peranti pintar, peralatan senaman, dan barangan kelengkapan rumah. Kesemua jenama di ekspo ini telah diiktiraf dengan logo Taiwan Excellence, satu simbol inovasi, yang merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkan kepada barangan keluaran Taiwan.

Taiwan Excellence Pavilion Press Conference 2017 

Taiwan Excellence Pavilion Press Conference 2017


Antara barangan ini termasuk yang dikeluarkan oleh jenama Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) yang dikenali di seluruh dunia seperti Acer, Asus, MSI, dan D-Link. Selain dari itu, terdapat jenama barangan sukan dan riadah seperti Kenda, dan Johnson Fitness, serta produk inovasi seperti Ta-Da Chair dari Step2Gold. Barangan kelengkapan rumah dari jenama FECA, Cashido, dan KSS akan turut membarisi pameran di Taiwan Excellence Pavilion ini.

Selain daripada pelbagai barangan, acara ini juga akan menampilkan sesi demonstrasi produk, persembahan kebudayaan, dan hadiah-hadiah bernilai lebih MYR10,000 yang ditaja oleh Asus, Johnson Fitness, dan Adata. Kemasukan ke Taiwan Excellence Pavilion adalah percuma untuk semua.

“Kesungguhan dan komitmen Taiwan terhadap penciptaan produk-produk inovatif telah menjulang Taiwan sebagai salah satu pusat inovasi yang terkemuka di dunia, disokong oleh syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang berwawasan, dan bakat-bakat tempatan yang pintar,” ujar Tony Lin, Naib Pengarah Eksekutif, Jabatan Pemasaran Strategik TAITRA. “Taiwan Excellence Pavilion membawakan produk Taiwan yang terkini kepada rakyat Malaysia, memberikan peluang terbaik bagi warga Malaysia memahami falsafah fikiran hadapan dan moden Taiwan, digabungkan dengan budaya dan tradisinya.

“Kami sangat teruja untuk mengenali barangan-barangan Taiwan yang canggih dan maju ini, dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba dan merasa sendiri inovasi dan idea dari Taiwan.  Melalui inisiatif ini, kami mensasarkan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara perniagaan dan pengguna bagi Malaysia dan Taiwan,” kata Ong Yew Chee, Pengarah Unit China, Bahagian Akses Pasaran, Divisyen Akses Pasaran & Kerjasama Antarabangsa, MATRADE.

“Sejak tahun 1990-an sehingga 2016, syarikat Taiwan telah membuat pelaburan kumulatif bernilai 12.2 billion Dolar Amerika, kira-kira 52.3 billion Ringgit. Ini meletakkan Taiwan sebagai sumber pelaburan keempat terbesar di Malaysia, yang mencerminkan kekuatan hubungan kedua-dua negara. Malaysia juga telah menunjukkan sokongan yang padu dengan rekod dagangan bilateral meningkat sehingga 14.1 billion Dolar Amerika dalam 2016 sahaja, menjadikan Malaysia rakan niaga kelapan terbesar Taiwan,” kata James Chi-Ping Chang, Wakil Jabatan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. “Saya percaya kempen Taiwan Excellence ini akan mengukuhkan hubungan niaga antara kedua-dua negara.”

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »